Ok , Pertama kali, ni adalah poster saya. Ni poster masa FYP1 dulu tapi InshaAllah akan di tukar dan di perbaharui untuk masa presentation nanti. Tajuk jalan cerita ni " NICE BABY" sy pilih sebab jalan cerita yang agak pelik. Pelik die pelik dari segi ending. Kebiasaan kita akan lihat happy ending punya jalan cerita tapi untuk filem pendek animasi ini ending dia agak thriller. Ha Ha Ha. Filem animasi pendek saya ni lebih kepada silent komedi sebab saya tidak menggunakan sebarang dialog dalam filem animasi saya.
Okay, untuk sinopsis jalan cerita ni, saya akan kongsikan sedikit je jalan cerita filem ni ok. Nak tau ending ? kite tunggu final nanti. Ha Ha.
Orite, Nica Baby ni mengisahkan tentang 2 orang sahabat baik. Nama mereka ialah Dany dan Eric. Mereka duduk berehat di taman pada waktu pagi. Tengah2 buat kerja masing2, tiba-tiba sahabat baik ni dengar satu tapak kaki jalan menghala ke arah mereka. Kerana sifat ingin tahu mebuak2 jadi mereka pun melihat siapakah gerangan manusia yang datang mengambil angin di taman pada waktu pagi itu.
Tiba-tiba mereka terpaku akan apa yang dilihat mereka. Seorang gadis seksi dan canti tetapi, gadis tersebut memakai topeng di bahagian mulut. Mereka hanya terpesona akan lenggok tubuh badan dan kecantikan pada gadis tersebut tanpa rasa ragu-ragu dengan wajah gadis itu. Gadis tadi perasan akan dua org sahabat itu lalu pergi ke arah mereka dan menceritakan kesedihan dirinya. Dia sedih kerana tidak pernah merasa untuk bercinta dan tidak pernah mempunyai pasangan.
Jadi dua org sahabat tadi bersaing untuk mendapatkan cinta hati mereka. Maka si gadis tersebut telah mengadakan satu pertandingan untuk berlaku adil. Si gadis suka akan lelaki yang gagah dan kuat. Jadi dua sahabat tadi cuba untuk menjadi kuat dengan mengangkat kerusi kayu yang mereka duduk.
Jadi? Siapa antara dua org sahabat itu menjadi pilihan kekasih hati? Si kacak atau si dungu? Apakah yang ada di sebalik wajah gadis tersebut ? Nak tahu selebihnya ? Tunggu Final dari saya.
Jadi? Siapa antara dua org sahabat itu menjadi pilihan kekasih hati? Si kacak atau si dungu? Apakah yang ada di sebalik wajah gadis tersebut ? Nak tahu selebihnya ? Tunggu Final dari saya.
Sekian

Op koss laa si kacak..seksi always want si kacak...hahaha
ReplyDeleteCheck ur spelling plizzz...anywy congrate
ReplyDelete