Friday, 27 January 2017

WE ARE YAKUZA !!

Alhamdulillah, WE ARE YAKUZA !!!!!!!! semoga berjumpa lagi semuanya. Tshirt baju ni saya tempah di TshirtChef printing di ampang. Banyak sangat cabaran masa nak tempah baju last2 minit ni tp alhamdulillah, Allah bantu jugak and finally here it is.. semua selesa pakai walaupun ada yang kecik dengan muat2.. haha .. sorry guys.. sy amik saiz yg di beritahu je ok.. hehehe..

InshaAllah akan ku simpan saat ni.. Rindu semuanya. 

Presentation TIme !!

OK, finally masanya muncul juga. Setelah bertungkus lumus menyiapkan kerja2 ni pergi print semua, sampai x cukup tidur. Haha kenangan sangat. TApi, bila tibanya masa ni, serious rasa berdebar sangat2. Sebab saya seorang yang agak cepat nervous kalau nak buat pembentangan,

Apa2 pun, alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar. Mock up x cukup haha sebab duit x de. Sorry sir maklumla MARA x masuk. Ok xpe, yang penting dah buat yang terbaik sepanjang belajar di UniKL ni. InshaAllah akan ku rindu saat2 ni.

Terima kasih kepada accessor Madam Yoi dengan Mr. M. :) <3 

Karikatur untuk dekan & presiden UniKL MIIT

Alhamdulillah, siap jugak karikatur ni. Ok, karikatur ni bukan saya yang buat. ha ha. Tapi, kawan sekelas bernama Adlie yang lukis lukisan hebat mcm ni. Kami sangat berterima kasih pada beliau sebab sanggup hasilkan cenderahati kepada orang hebat di UniKL MIIT.

Bukan mereka je orang hebat okay .. Of coursela my Supervisor bernama En Fauzi Naeim pun hebat orgnya. Selalu bagi pendapat, sokong kami di belakang kami. Thanks Mr. M :) :) :)
al

EXHIBITION ANIMASI

24 - 25 hari bulan adalah hari terbesar buat kami pelajar Degree animasi. Selepas tamatnya pertempuhan dengan presentation animasi, maka tibanya kami akan melalui lagi satu cabaran terbesar untuk di jadikan kenangan antara kami pelajar. 


Exhibition animasi ini akan di sertai oleh dua kumpulan iaitu Bachelor Computer Animatoion dengan Diploma Animasi. Kami akan bersaing antara kumpulan Yakuza dan Mafia. Jadi, ini adalah antara aktiviti2 yang kami lakukan bersama2 sepanjang proses exhibition tersebut.



Graphic motion in AFTER EFFECTS

Untuk bahagian graphic motion, seperti biasa, saya menggunakan adobe After Effects. Adobe ini sangat sesuai untuk melakukan kerja2 graphic motion. Kenapa graphic motion ada di dalam animasi pendek Nice Baby ? Ini jawapan saya. Ini kerana saya ingin menampakkan satu bahagian animasi yang seperti komik di dalam animasi saya untuk menunjukkan sesutu yang besar akan berlaku selain dari fokus akan kedua karakter tersebut.

Ok ini adalah salah satu babak yang terdapat di dalam animasi pendek saya melalui graphic motion.



Walk cycle women in Photoshop

Ok, untuk pengetahuan pembaca, saya bukan saja menggunakan adobe AI dengan Adobe AE tau. Ada satu babak dalam cerita pendek animasi saya ni, saya gunakan adobe photoshop. Ini kerana ia tidak sesuai untuk di gunakan di dalam After Effect kerana ia agak sukar untuk di animate.

Jadi, saya guna photoshop untuk lukis satu persatu langkah dan jalan karakter perempuan ini. Selain itu, Timeline di bawah menunjukkan setiap langkah yang berbeza iaitu di panggil in between di dalam animasi. Lukis di dalam photoshop mengambil masa yang agak lama kerana ia sama kegunaan seperti flip book. Setiap layer di timeline adalah ibarat kertas yang banyak.

Jadi bagi saya, walaupun ia agak sukar di lakukan pada awalnya namun akhirnya saya berjaya lakukan langkah karakter ini dengan lancar. Dan mengajar sesuatu yang baru pada diri saya untuk menggunakan pelbagai adobe selain Flash, toon boom untuk menghasilkan animasi.

Thursday, 26 January 2017

Colouring proses In Adobe Illuatration

Adobe Illustration saya guna untuk saya lakar & lukiskan karakter, background dan bentuk2 yang saya perlu. Sebelum masukkan ke dalam adobe After Effects tadi, saya menyiapkan satu persatu storyboard atau jalan cerita di dalam AI.

Selepas itu, file ni akan di savekan ke dalam file Adobe ini sendiri kemudian akan di import dr After Effects. Maka disitulah bermulanya penyusunan layer by kayer untuk satu babak cerita.A

proses Short 2D animasi Nice Baby

Assalamualaikum, ok sini saya nak menceritakan bagaimana proses animasi saya di jalankan.

 Di awal proses, saya menggunakan adobe Illustration untuk saya lakarkan setiap karakter saya. Kebanyakan storyboard saya menggunakan software Ai ini sebab agak mudah menggunakan digitak dari tradidisional. Kebanyakan tools yang saya guna dalam software ni ialah tools vector. Ia begitu mudah untuk saya gunakan. Jika saya menggunakan cara tradisional, saya harus berusaha menyiapakan satu persatu benda yang ada pada setiap karakter. Contohnya perlu mewarnai semula watak kosong tersebut.

Tetapi, terdapat beberapa scene dalam storyboard saya, saya lukis menggunakan Adobe Photoshop. ok, inilah hasil yang saya maksuddkan.

Bisnes kad Mr.animator production


OK , wlcome back to all blogger readers.. Saya nak mempromosikan bisnes kad saya. Hasil yang saya buat ni simple je. Warna biru saya gunakan kerana menunjukkan itu adalah tema cerita pendek animasi saya. Selain itu, simbol hati yang banyak pula menunjukkan setiap karakter menginginkan rasa untuk bercinta dan di cintai. Kerusi ?? ok, sebenarnya kerusi adalah salah satu watak prop yang penting untuk menunjukkan kekuatan setiap karakter. 

Jadi, ini adalah bisnes kad saya. Bisnes kad ni saya buat untuk saya pertunjukkan semasa exhibition animastion di kampus MIIT pada 24-25/01. InshaAllah akan d gukanakan juga masa lain nanti.

New Poster Animation



Alhamdulillah, poster tukar baru. Kali ni pakai background cerita sendiri. Sebenarnya ada sebab kenapa saya pilih kerusi dengan taman sebagai props utama di poster. Ini kerana, kerusi adalah peranan penting kepada watak2 utama dalam cerita animasi Nice Baby. Kerana berat kerusi mereka bersaing kekuatan dan tenaga untuk dapatkan perhatian si gadis misteri tersebut. Jadi, ini adalah poster saya, walaupun agak simple tapi ia pernuh dengan maksud tersendiri. 

:) 

Thursday, 5 January 2017

NEW POSTER NICE BABY



Sebelum ni ada buat poster untuk FYP, serious tu poster last minit. HA HA , ok2 ni dah baiki sikit. Cuma simple sebab antara cinta dan sahabat. Tapi, ni baru satu kot. InshaAllah nak tambah yang lain buat pilihan. Sekarang fokus FYP dulu.

MY ARTWORK



Assalamualaikum.. lama x update blog.. ok ni lari dari tajuk FYP.. actually ni sedikit sebanyak artwork yang saya simpan.. banyak sebenarnya tapi x simpan la pulak .. huhu sedih 😭😭 .. ni je yang dapat di selamatkan..

Jadi, ni artwork2 saya sepanjang saya belajar di UniKL.. antaranya , 3D, illustration drawing, Adobe Illustration, Adobe photoshop , Adobe InDesign, dan banyak la. Kecuali Adobe Dreamweaver dengan Adobe Flash. InshaAllah cuba untuk belajar.

Setakat ni, ni semua digital artwork yang saya simpan selain artwork FYP saya.


OK, tadaaa !! haha.. ni la drawing yang saya simpan dari semester 1 sampaila nak habis belajar. Selebihnya x sempat nak simpan. Semua drawing saya tinggal di kampung halaman.. X dela bagus mana pun drawing, masih banyak perlu di perbaiki. Ni pun cuba usaha mana yang terbaik InshaAllah.

Doakan :)