Thursday, 15 December 2016

ANIMATE TIME


Assalamualaikum, ok, sekarang sy tengah dalam process animate filem pendek animasi sy. InshaAllah sy akan adit pakai adobe Ae terdahulu. Hu hu, ku pikirkan senang rupanya ambil banyak masa jugak edit pakai adobe ni. Sebab kena susun layer AI tu semula dekat timeline AE. Boleh tahan mencabar diri dan kesabaran. Ha ha . Ape2 pun inshaAllah sy akn buat yg terbaik. 

Tunggu final short film animation sy ok :) 

Tuesday, 13 December 2016

Women walk cycle


Ok , saya nak luah rasa marah sikit. Ha ha ha. bukan senang sebenarnya buat walk cycle ni. bermacam2 dugaan. Pening kepala saya di buatnya. Jujur hampir 2 minggu saya usaha padam buat padam buat akhirnya alhamdulillah, saya berjaya walaupun tak sebagus mana. OK, walk cycle ni saya buat pakai adobe Photoshop. Saya terus animate dekat adobe ni.

Untuk filem animasi saya nanti, saya akan gabung 4 adobe untuk finalize filem animasi pendek saya. Antaranya ialah Adobe photoshop, Illustration, After Effect dan Priemere. Tapi, untuk walk cycle ni saya memilih adobe Photoshop sebab posisi berjalan karakter perempuan saya tidak sesuai menggunakan Adobe After Effect seperti karakter Dany dan Eric.

Jadi, ia mengambil masa yang agak lama untuk perbaiki setiap kesalahan dalam walk cycle ini. Tambah-tambah lagi guna adobe Photoshop ni saya kena lukis satu persatu di layer seperti software flip book.

Ape2 pun alhamdulillah, hasil usaha dan bantuan youtube tutorial saya kaji, saya berjaya walaupun ia tidak sempurna mana. He he he.

Seksi Vs Seksa :P hahaha 😂😂😂😂😂😂

EXPRESSION CHARACTER SHORT FILM 2D ANIMATION NICE BABY

Ini adalah wajah-wajah watak yang akan main peranan dalam filem pendek animasi saya selama 3 minit lebih.
Tadaaaa, saya nak perkenalkan inilah gadis seksi tapi misteri dalam filem animasi saya. Ok, Gadis ni saya tak letak nama sebab nak jadikan die salah satu watak paling penting dalam filem animasi sya. Gadis ni memang cantik, tetapi, gadis ni sangat penyimpan rahsia. Memang tip top kalau nak rahsiakan sesuatu antaranya muka. Dia menutupi wajahnya mempunyai satu sebab. Jadi, untuk tidak membuka topeng mukanya dengan sewenang2nya, dia mengadakan satu pertandingan untuk rakan baik tadi. Beliau juga bijak dan hebat mempermainkan orang. Jadi, inilah keburukan yang ada pada gadis misteri ini. 

Kedua, watak yang main peranan dalam filem animasi NICE BABY adalah Eric. Saya suka watak lelaki ni sebab Eric ni die seorang yang suka membaca. Die juga seorang yang sangat rapat dengan rakannya Dany. Eric juga seorang yang pendiam. Dia akan menjawab setiap soalan yang di tanya sahaja. Eric ni kelihatan agak misteri orangnya. Die jenis yang rilek dan seorang yang menjaga persahabatan dengan baik. Namun, Eric dalam diam mempunyai tabiat buruk tidak dapat menrahsiakan penglihatannya dari melihat gadis-gadis cantik. 
Pertama sekali, saya nak perkenalkan Dany. Dany seorang yang cool dan berlagak. Dany juga seorang yang sentiasa menjaga kekemasan diri untuk menampakkan diri beliau hensem di pandangan setiap gadis-gadis cantik. Jadi, Dany rasa dirinya akan dapat lebih perhatian dari rakan baiknya itu. Dany ni juga seorang yang pemalas dan tau buang masa.


TAJUK CERITA PENDEK ANIMASI ( NICE BABY )



Ok , Pertama kali, ni adalah poster saya. Ni poster masa FYP1 dulu tapi InshaAllah akan di tukar dan di perbaharui untuk masa presentation nanti. Tajuk jalan cerita ni " NICE BABY" sy pilih sebab jalan cerita yang agak pelik. Pelik die pelik dari segi ending. Kebiasaan kita akan lihat happy ending punya jalan cerita tapi untuk filem pendek animasi ini ending dia agak thriller. Ha Ha Ha. Filem animasi pendek saya ni lebih kepada silent komedi sebab saya tidak menggunakan sebarang dialog dalam filem animasi saya. 

Okay, untuk sinopsis jalan cerita ni, saya akan kongsikan sedikit je jalan cerita filem ni ok. Nak tau ending ? kite tunggu final nanti. Ha Ha. 



Orite, Nica Baby ni mengisahkan tentang 2 orang sahabat baik. Nama mereka ialah Dany dan Eric. Mereka duduk berehat di taman pada waktu pagi. Tengah2 buat kerja masing2, tiba-tiba sahabat baik ni dengar satu tapak kaki jalan menghala ke arah mereka. Kerana sifat ingin tahu mebuak2 jadi mereka pun melihat siapakah gerangan manusia yang datang mengambil angin di taman pada waktu pagi itu. 

Tiba-tiba mereka terpaku akan apa yang dilihat mereka. Seorang gadis seksi dan canti tetapi, gadis tersebut memakai topeng di bahagian mulut. Mereka hanya terpesona akan lenggok tubuh badan dan kecantikan pada gadis tersebut tanpa rasa ragu-ragu dengan wajah gadis itu. Gadis tadi perasan akan dua org sahabat itu lalu pergi ke arah mereka dan menceritakan kesedihan dirinya. Dia sedih kerana tidak pernah merasa untuk bercinta dan tidak pernah mempunyai pasangan. 

Jadi dua org sahabat tadi bersaing untuk mendapatkan cinta hati mereka. Maka si gadis tersebut telah mengadakan satu pertandingan untuk berlaku adil. Si gadis suka akan lelaki yang gagah dan kuat. Jadi dua sahabat tadi cuba untuk menjadi kuat dengan mengangkat kerusi kayu yang mereka duduk.

Jadi? Siapa antara dua org sahabat itu menjadi pilihan kekasih hati? Si kacak atau si dungu? Apakah yang ada di sebalik wajah gadis tersebut ? Nak tahu selebihnya ? Tunggu Final dari saya. 

Sekian  


ASSALAMUALAKIUM & SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

Assalamualaikum, ok ni bukan blog baru tapi saya dah perbaiki semula dari awal atas sbb kena kritik kaw2 dgn lecturer kesayangan pelajar yang comel lagi cute iaitu Mr. M. Nama penuh di rahsiakan. Ha Ha Ha. Jadi, saya perbaikilah sebaik mungkin supaya dapat menarik hati Mr.M. Ha Ha Ha. 

Ok, sebelum ni saya menggunakan bahasa Inggeris tapi kite tukar la ye guna bahasa melayu je ye x payah nak formal sangat la kan. Dah nama pun blog. 

Orite, ni pertama kali sy buat blog sebenarnya. Blog ni di hasilkn bertujuan untuk promote semua kerja2 artwork dengan FYP saya. So, kalau nak komen, atau bagi idea tinggal je ok kat komen ye kengkawan. He He He. 

Jadi, Selamat Membaca :)